CINDERELLA ON LINE.... (Cindy Lamia Micheal)
VOLUME 1
CINDERELLA
ON LINE
|
Bencilah
aku dengan Fanny tu. Tak habis-habis nak suruh aku buat kerja rumah dia. Nak
buat macam mana sabar jelah. Petang ni aku ada latihan violin kat sekolah.
Lupa nak cakap kakak tiri aku tu nak masuk kelas nyanyian dan menari. Dia
pesan kat aku jangan masuk, kau tu sesuai dengan klasik je, katanya. Beberapa
bulan lagi aku ada pertandingan. Nak masuk orchestra, seronoknya… tak sabar
aku. Setakat ni dari aku. Okay, bye. Aku sayang korang.
-LAMIA-
|
|
ONLINE
|
‘ Mia! Woi Mia! Kau dengar tak, sampai bila kau nak terperuk kat atas
tu. Cepat lah dah pukul berapa dah ni. Aku nak pergi kelas ni. Dengar
tak?!” suara Fanny bergema memanggil
Lamia.
Lamia mendengar
sahaja suara Fanny memanggilnya, cepat-cepat dia mencapai violinnya. Keadaan
ini sudah menjadi kebiasaan baginya, sejak ayah berkahwin dengan ibu Fanny,
seorang janda. Semua yang dia ada terpaksa dikongsi dengan Fanny. Papanya
berkahwin dengan Mrs. Emilia atas desakan neneknya, Mrs.Camila. Mrs. Emilia
pernah melarang Lamia dari terus ke kelas violin, menganggab Lamia tiada bakat
tapi di halang Tuan Micheal, papa Lamia.
Lamia berjalan melepasi koridor tingkat 3 High School
Beyney, dia baru sahaja pulang dari
menghadiri kelas violinnya. Dia berjalan keseorangan melayan perasaan
memikirkan kata-kata Fanny sewaktu pemandunya menghantarnya ke kelas. Hari ini
dia terpaksa balik sendiri tanpa Fanny dengan kata lain kena balik dengan
pengangkutan lain. Tanpa disedari Lamia telah sampai betul-betul di hadapan
kelas latihan yang dihadiri Fanny. Lamia terus memberhentikan langkah apabila
muzik yang cukup rancak kedengaran, hati Lamia terdetik untuk membuka pintu
yang sedikit terbuka.
“ one, two, three and four. We start from the start”
suara Jason kedengaran apabila sahaja Lamia membuka pintu dan dalam waktu yang
sama semua mata tercacak kearah Lamia. Lamia tersentak apabila melihat cara Jason dan pelatihnya memandangnya.
“can I help you?” Jason mula menegurnya.
“oh! Sorry, saya kebetulan lalu kawasan ni so saya
terdengar muzik tu. Saya bukalah pintu ni. Maaf, kalau mengganggu” Lamia terus melangkah ke arah pintu.
“nanti!, bukan awak ni Lamia dari violin class tu.”
“ya saya, boleh saya tahu kenapa?”
“saya dengar awak pelajar terbaik di situ dan bakal
menyertai orchestra di peringkat antarabangsa. Tahniah!”
“terima kasih, Oh! Kak Fanny, Mia pulang dulu ya” Lamia
terus menegur Fanny yang berada di kalangan pelatih di situ. Fanny hanya
menjeling kearah Lamia, berharap Lamia beredar
dari situ. Lamia terus melangkah pergi tapi tangannya di tarik oleh Jason.
“ apa kata awak join kami sekali”
“ tapi, saya tak pandai menari”
“jom! One two three and four” Jason terus memulakan gerak
tarinya.
Lamia begitu terkial-kial mengikut gerak langkah mereka. Setelah
beberapa kali memcuba Lamia mampu mengusai semua langkah. Semua langkah tidak
begitu susah bagi Lamia kerana dia pernah menyertai kelas tarian dan nyanyian
ketika dia berumur tiga tahun. Pada pertengahan muzik tiba-tiba Lamia ditolak
oleh Fanny, menyebabkan Lamia terjatuh.
“ ops, sorry Mia. Aku tak sengaja”
“tak apa, sikit jew ni.”
“ Lamia, awak tak apa-apa?”
“tak apa lah.. dah lewat ni. Saya balik dulu.”
Lamia mencapai beg violin terus berlalu pergi. Jason
hanya tersenyum melihat Lamia terdecak-decak. Perasaan pelik mengusai diri
Jason, perasaan yang sama tiga tahun lepas.
Lamia terus berjalan menaiki bas yang betul-betul melalui
di hadapan sekolahnya. Dia melihat lututnya yang mula kebiruan. Perasaan sakit
ditahannya. Telefon bimbitnya di keluarkan.
Comments
Post a Comment